Lain-lain watak Senarai_watak_Sword_Art_Online

Pemain SAO

Sachi

Disuarakan oleh: Saori Hayami

Sachi (サチ, Sachi) merupakan watak sampingan dalam SAO. Sashi salah seorang ahli persatuan "Moonlit Black Cats" juga merupakan persatuan pertama disertai oleh Kirito. Sashi dan hampir kesemua ahli persatuan telah terbunuh menyebabkan Kirito berputus asa. Pada Malam Krismas, satu mesej lama Sashi diterima Kirito memberi satu semangat baru dan tidak menyertai mana-mana persatuan sehingga terpaksa menyertai "Knights of the Blood Oath".

PoH

Disuarakan oleh: Tsuyoshi Koyama

PoH adalah merupakan ketua persatuan "Pemain merah (Red player)" dalam SAO. Tujuan dia mencipta persatuan ini ialah untuk membunuh mana-mana permain. Kata-kata frasa ialah "Inilah masanya". Identiti sebenarnya tidak diketahui tetapi dia masih hidup (seramai 10 ahli Laughing Coffin yang masih hidup).

Kuradeel

Disuarakan oleh: Kōji Yusa

Kuradeel (クラディール, Kuradīru) merupakan ahli persatuan pemain merah "Laughing Coffin" menyamar sebagai ahli persatuan "Knights of the Blood Oath".

Argo

Disuarakan oleh: Shiori Izawa

Argo (アルゴ, Arugo) merupakan rakan Kirito semasa menjadi penguji beta juga digelar "Argo si tikus".

Sasha

Disuarakan oleh: Kyouko Fujii

Sasha (サーシャ, Sāsha) merupakan penjaga pemain bawah umur SAO .

Yolko

Disuarakan oleh: Nozomi Yamamoto

Yolko (ヨルコ, Yoruko) merupakan ahli persatuan "Golden Apple". Teman lelakinya bernama Caynz.

Yulier

Disuarakan oleh: Ryoko Shiraishi

Yulier (ユリエール, Yuriēru) merupakan ahli atasan dalam persatuan Angkatan Tentera Liberasi. Dia dikhaskan untuk membantu tugas Thinker sebagai ketua. Thinker berkahwin dengannya dalam dunia realiti.

Pemain ALO

Sakuya

Disuarakan oleh: Sayuri Yahagi (Bahasa Jepun), Lauren Landa (Bahasa Inggeris)

Sakuya (サクヤ, Sakuya) merupakan ketua kaum Sylph. Semasa mesyuarat bersama Cait Sith Sakuya telah diserang oleh Jeneral Eugene merupakan ketua kaum Salamander. Pada detik tersebut, Kirito datang untuk mencabar jeneral untuk pertarungan. Selepas Kirito menang dalam pertarungan tersebut, Sakuya mengajak Kirito menyertai kaum Slyph tetapi Leafa membantah tawaranya untuk menemani Kirito ke Pokok Dunia. Pada pertengahan arca, Sakuya menyetuai tentera Cait Sith dan Sylph menentang Tentera Pokok Dunia dalam usaha untuk membantu Kirito dengan pertarungan. Selepas Kirito sampai ke puncak Pokok Dunia, dia mengarahkan pasukannya untuk mengundur. Pada akhir arca, Sakuya, Alicia Rue dan beberapa pemain terbang ke arah Aincrad Baru.

Alicia Rue

Disuarakan oleh: Chiwa Saito (Bahasa Jepun), Cristina Vee (Bahasa Inggeris)

Alicia Rue (アリシャ・ルー, Arisha Rū) merupakan ketua kaum Cait Sith. Dia telah mendapat undian tertinggi dalam pemilihan ketua yang paling porpular. Dia mempunyai kelebihan mempunyai kuasa magik tahap tertinggi dinamakan «Moonlight Mirror». Dia membentuk satu pasukan bersama kaum Sylph untuk menentang Tentera Pokok Dunia untuk membantu Kirito.

Semasa Cait Sith mesyuarat bersama-sama Sylph di Lembah Rama-Rama telah diserang oleh sekumpulan Salamander diketuai Jenera Eugene. Kirito datang untuk mencabar jeneral untuk pertarungan. Selepas Kirito menang dalam pertarungan tersebut, Alicia cuba memikat Kirito menyertai Cait Sith tetapi Kirito tolak tawarannya kerana tujuannya menuju ke Pokok Dunia untuk menyelamatkan Asuna. Pada keesokan harinya, Alicia sambil menunggang naga yang telah dijinakkan bersama kaum Sylph menentang Tentera Pokok Dunia dalam usaha untuk membantu Kirito dengan pertarungan. Selepas Kirito sampai ke puncak Pokok Dunia, dia mengarahkan pasukannya untuk mengundur. Pada akhir arca, Alicia dan beberapa pemain terbang ke arah Aincrad Baru.

Recon

Disuarakan oleh: Ayumu Murase (Bahasa Jepun), Marianne Miller (Bahasa Inggeris)

Shinichi Nagata (長田 慎一, Nagata Shin'ichi) atau juga dikenali sebagai Recon (レコン, Rekon) merupakan rakan sekelas Suguha di dunia sebenar. Dia memperkenalkan ALO kepada Suguha tentang VRMMO. Di ALO, dia merupakan kaum Sylph berkemahiran menggunakan pisau dan elemen kegelapan. Dia juga jatuh cinta kepada Suguha tatapi lamaranya telah ditolak Suguha kerana tidak berminat.

Eugene

Disuarakan oleh: Kenta Miyake (Bahasa Jepun), Joshua Tomar (Bahasa Inggeris)

Eugene (ユージン, Yūjin) seorang ketua dan jeneral kaum Salamander. Dia menyerang semasa Cait Sith dan Sylph sedang bermesyuarat. Kemudian, Recon berjaya mempelajari serangan itu dan memberi amaran kepada Leafa. Leafa dan Kirito bergegas untuk menghentikan konfrontasi, tetapi Eugene mencabar Spriggan untuk bertanding satu demi satu. Pada mulanya, Kirito terpaksa mempertahankan diri terhadap serangan gaya senjata Eugene, tetapi Kirito mengambil katana Leafa untuk mempersiapkan "Blades Dual" yang terkenal. Dengan bilah tambahan ini, Eugene tidak dapat bertahan dengan serangan hendap Kirito dan dikalahkan dengan cepat. Selepas pertarungan, dia dihidupkan semula oleh Sakuya dan meninggalkan tempat kejadian dengan pasukannya dengan baik. Sebelum pertarungan, Eugene dianggap sebagai pemain terkuat dalam permainan.

Chrysheight

Disuarakan oleh: Toshiyuki Morikawa (Bahasa Jepun), Matthew Mercer (Bahasa Inggeris)

Seijiro Kikuoka (菊岡征二郎, Kikuoka Seijirō) juga dikenali sebagai Chrysheight (クリスハイト, Kurisuhaito) merupakan orang atasan dalam Kementerian Pertahanan dan pengasas syarikat Rath. Selepas insiden SAO, dia bertemu bual bersama Kazuto memberi keterangan lebih lanjut dan informasi mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa permainan sebagai pertukaran maklumat mengenai keberadaan Asuna. Selepas peristiwa arca Tarian Pari-Pari dia mengadakan pertemuan sekali lagi bersama Kazuto bertemu bual sekali lagi peristiwa SAO dan peristiwa ALO. Dia mula bermain ALO di bawah nama Chrysheight dan kemudian menghubungi Kirito untuk menyiasat kematian Death Gun di GGO.

Selepas Kazuto diserang di dunia nyata oleh Johnny Black, Kikouka membawa Kazuto keluar dari hospital secara senyap dan membawanya ke Penyu Laut pengkalan utama Rath untuk memberi rawatan perubatan untuk kerosakan sel saraf otak yang dia alami. Rath telah ditubuhkan oleh Seijiro untuk berusaha membangunkan AI sesuai untuk menggantikan manusia di medan perang dinamakan Project Alicization.